Friday, April 15, 2011

Bermadu sebelum akad???

HARI BERSEJARAH…perkahwinan menyuburkan kasih sayang antara dua hati untuk mengembangkan zuriat di atas muka bumi Allah. SIAPA sangka kita akan bertemu jodoh dengan seseorang yang tidak pernah kita jangka dan dalam sekelip mata si dia bakal menjadi isteri kita.

Itulah dinamakan jodoh yang Allah s.w.t kurniakan kepada seseorang. Zaman datuk nenek moyang kita, kebanyakan menyerahkan kepada ibu bapa untuk memilih jodoh, tiada istilah bercinta atau mengurat. Berbeza kini, zaman siber memberi pilihan kepada anak-anak memilih pasangan sendiri. Pasti setiap pasangan ada cerita menarik detik awal perkenalan sehingga diijab kabulkan.

Sunday, April 3, 2011

Lelaki perut buncit berisiko untuk buta

SYDNEY - Lelaki yang mempunyai masalah perut buncit pada lingkungan umur pertengahan boleh meningkatkan risiko golongan itu untuk menjadi buta seiring dengan peningkatan usia mereka, menurut satu kajian.

Walaupun hanya pertambahan saiz pinggang yang kecil, ia tetap meningkatkan risiko sehingga 75 peratus untuk mereka menghidapi masalah penglihatan.

Tuesday, March 8, 2011

Rumahtangga Islam Pencetus Generasi Rabbani...

Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.

Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadicontoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka.

Friday, February 11, 2011

PRK UIA: ‘Public speaking’ berjalan lancar

GOMBAK, 11 Feb: Lebih 100 bakal calon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (MPP UIA) menghadiri proses public speaking, semalam untuk melayakkan mereka menghantar borang penamaan calon dalam pilihan raya kampus (PRK) yang dijadualkan pada 16 Februari 2010.

Suasana demokrasi kelihatan apabila tiada halangan daripada pihak pentadbiran kepada mahasiswa-mahasiswa yang ingin bertanding dalam PRK yang akan datang.

Calon-calon yang datang dengan lantang menyatakan pendapat mereka mengenai isu terkini Malaysia di pentas speaking corner yang disediakan oleh pihak pengurusan PRK UIA.

Proses public speaking merupakan saringan pertama untuk melayakkan mahasiswa yang ingin bertanding dan menghantar borang penamaan calon disamping syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan PRK UIA.

Tarikh membuang undi PRK kali ini akan berlangsung pada 22 Februari (Selasa) yang melibatkan semua mahasiswa UIA peringkat ijazah pertama termasuk mahasiswa antarabangsa yang akan mengundi untuk calon antarabangsa.

Sunday, January 16, 2011

'Pedulisme' jamin masa depan gemilang

Gelombang kebangkitan golongan muda terhadap perkembangan negara dalam arena ekonomi, politik dan sosial mula tercetus semasa era reformasi pada tahun 1998.

Bermula era reformasi ini, masyarakat khususnya golongan anak muda mula celik dan sensitif dengan permasalahan dan isu-isu yang berlaku dalam negara.

Hasrat Nik Aziz berundur tidak tercapai

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan, hasrat beliau untuk berundur dari jawatan menteri besar Kelantan sehingga kini tidak tercapai.

Ada sahaja, katanya, rintangan yang menghalang hasratnya itu dan kini beliau telah melebihi 20 tahun memegang jawatan itu.

Sunday, January 9, 2011

PTPTN: Mahasiswa mesti bijak menilai

ISU pembayaran balik semula PTPTN sentiasa menjadi ‘igauan’ kepada penuntut yang sudah menamatkan pelajaran di universiti masing-masing. Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah, selepas 6 (enam) bulan bergraduasi, mereka wajib membayar semula pinjaman tersebut, sama ada sudah bekerja atau tidak.

Dengan ditambah kos pentadbiran sebanyak 3% (dahulu), dan 1% (Ujrah), maka jumlah bayaran balik pinjaman akan meningkat, dan tidak berkurang. Jika peminjam meminjam sebanyak RM19,000, maka ditambah kos pentadbiran 3% sebanyak RM3,800, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM23,000. (Secara purata).

Tuesday, January 4, 2011

Isu Kemanusiaan 2010

TAHUN 2010 diwarnai dengan pelbagai peristiwa besar dengan kebanyakannya melibatkan bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi dan banjir.

Sepanjang 2010 kebanyakan negara masih diselubungi kegawatan ekonomi sementara isu Palestin terus mendominasi konflik global selain isu serangan Korea Utara ke atas pulau Korea Selatan.

Monday, December 20, 2010

TIGA JUTA TERGANGGU MENTAL

Harian Metro 18 Dis 2010

KUALA LUMPUR: “Isu kesihatan mental adalah isu yang amat besar dihadapi negara kerana mengikut kajian 2010, tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental,” Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malasyia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau berkata, isu yang sering dipandang remeh oleh segelintir masyarakat itu perlu ditangani bagi meningkatkan mutu kesihatan rakyat, sekali gus membolehkan negara mencapai Wawasan 2020.

Friday, December 17, 2010

Rahsia 26...

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - (Al-Imran : 190)

26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan tanggal 26.? Ternyata..dlm alquran, juzuk 26 surat asy-syu'ara yg di dalamnya terdapat tentang azab Allah... :)
 
Copyright 2009 PERJALANAN DUNIAWI. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator